99 LANGKAH MENUJU KESEMPURNA,AN IMAN

99 Langkah Menuju
Kesempurnaan Iman
01. Bersyukur apabila mendapat
nikmat;
02. Sabar apabila mendapat
kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai
rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal
perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut
dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas
sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam
menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan
orang;
09. Jangan hasad dan iri atas
kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau
memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan
sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena
kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu
tinggi yang melebihi
kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan
harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang
meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa
yang besar;
21. Jangan membiasakan diri
melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah
Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas
dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal
waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do’a
kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan
puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir
miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali
hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-
lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan
tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan
berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah
diikrarkan dan mintalah maaf
apabila karena sesuatu sebab
tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh,
kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan
manusia;
37. Jangan terlampau takut
miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut
kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur
dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala
urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat
kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan
Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan
petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau
sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu
dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib
dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-
penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai
dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak
kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan
ulama;
55. Sering-sering bershalawat
kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah
berjanji;
59. Selalu ingat akan saat
kematian dan sedar bahawa
kehidupan dunia adalah
kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-
perbuatan yang tidak bermanfaat
seperti mengobrol yang tidak
berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-
orang soleh;
62. Sering bangun di
penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan
umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang
berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan
ada keinginan membalas
kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang
karena pahaman dan
pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang
yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus
terang dalam menentukan
sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain
dan tolonglah mereka yang
mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang
lain;
71. Jangan membiasakan berkata
dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita
sendiri akan mendapatkan
kerugian;
73. Jagalah amanah dengan
penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas
dengan penuh keikhlasan dan
kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang
lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang
lain;
77. Lihatlah orang yang lebih
miskin daripada kita, lihat pula
orang yang lebih berprestasi dari
kita;
78. Ambilah pelajaran dari
pengalaman orang-orang arif
dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk
merenung apa-apa yang sudah
dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin
dan jangan sombong karena
kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu
bermanfaat untuk agama,bangsa
dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan
kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain
menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik
atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan
pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk
sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap
orang, walaupun yang
bersangkutan tidak
menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk
berolahraga yang sesuai dengan
norma-norma agama dan
kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang
menyebabkan fisikal atau mental
kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang
yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk
melupakan kesalahan orang dan
pandai-pandailah untuk
melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang
menyebabkan orang lain
terganggu dan jangan berkata
sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada
berita jelek yang menyangkut
teman kita sebelum dipastikan
kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda
pelaksanaan tugas dan
kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan
setiap orang dengan penuh
keakraban dan keramahan dan
tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk
melakukan sesuatu yang diluar
kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap
ujian, cobaan, godaan dan
tentangan. Jangan lari dari
kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap
kebajikan akan melahirkan
kebaikan dan setiap kejahatan
akan melahirkan merusakan;
99. Jangan sukses di atas
penderitaan orang dan jangan
kaya dengan memiskinkan orang
“Sebarkanlah walau satu ayat
pun” (Sabda Rasulullah SAW)
“Nescaya Allah memperbaiki
bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-
dosamu. Dan barangsiapa
mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang
besar.” (Surah Al-Ahzab:71)

kata kata mutiara

Mutiara kata atau kata-kata nasihat adalah
penting kita semua. Kata-kata yang bermanfaat ini
dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan
kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan,
dan pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata ini
sebagai kata semangat untuk kehidupan harian
kita. Agar ia dapat menghiburkan serta
memotivasikan diri sendiri….
Imam Ali berkata, “Allah menyayangi orang-
orang yang mengetahui kadar dirinya dan tidak
melewati batas perjalanannya; menjaga lisannya
dan tidak mensia-siakan umurnya”.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan
kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan
mewujudkan penderitaan
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan
keadaan kamu sekarang kerana mereka telah
dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman
engkau – Saidina Umar Al-Khattab
Diam adalah suatu hikmah, tetapi sedikit sekali
pelakunya.
Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di
sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika
kamu mati, kamu tersenyum dan orang di
sekelilingmu menangis.
Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan
kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang.
Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat
bayang-bayang daripada pokoknya.
Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan
apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang
terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
Rasulullah bersabda bermaksud: “Berbahagialah
hidup di dunia bagi orang yang mengumpul
kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga
dia memperoleh reda Tuhannya. Dan celakalah
hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh
dunia, hingga dia terhalang daripada
(mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai
untuk memperoleh reda Tuhannya.” Hadis
riwayat al-Hakim.
Lebih baik menjadi pendengar yang bijak
daripada menjadi pemerhati yang kaku dan tidak
tahu apa-apa.
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia
untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda
mesti menghadapinya.~ Albert Camus
Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan
melakukan amal.
Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat
kita berteduh.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang
sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat
yang telah tersedia.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan
fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang
tidak pernah mengalah.
Mengetahui perkara yang betul tidak memadai
dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang
betul.
Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang
ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi
manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan
dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.
Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya
sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan
pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan
dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang
yang dapat membuatmu tersenyum, karena
hanya senyum yang dapat membuat hari-hari
yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu
menemukan orang seperti itu.
Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang
yang nampak tujuannya dengan jelas dan
menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil
B. DeMille
Yang benar tetap benar,yang salah tetap
salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah
sama.
Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni
nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan
Ukuran yang paling tinggi tentang adab
seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu
akan dirinya terlebih dahulu ~ Aflatun
Jambatan menjadi penghubung antara dua buah
kampung, perkahwinan menjadi penghubung
antara dua insan dan anak menjadi penghubung
antara ibu dan ayah
Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa
tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup
sengsara
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan
permulaan kepada usaha yang besar.
Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin
banyak.
Apabila sempuran akal, kurang perkataan. –
Saidina Ali Abi Talib
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza.
Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok,
hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa
sungguh bermakna…
Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa
kepada keburukan dan menimbulkan rasa
dendam.
Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan
memerlukan perjuangan. perjuangan
memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan
keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan.
kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah,
maka janganlah bertengkar dan berbalah
dengannya, janganlah menanyakan sesiapa
tentangnya, kerana orang yang ditanya itu
mungkin memberitahu anda perkara yang
mengelirukan yang boleh menghalang
perhubungan anda dengan orang itu.
“rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat
pada masa, yg penting, usaha & tawakkal”
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan
orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa
yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan
dicapai.
Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal
fikiran seseorang ialah apabila ia dapat
mempernyatakan apa yang ia mahu dengan
secara ringkas.
Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih
banyak tertawa.
Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh
naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan
Apakah diharapkan hujan tanpa awan.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, “Setiap
mata akan menangis pada hari kiamat kecuali
mata yang menutup dari melihat sesuatu yang
haram, mata yang berjalan malam dalam jihad
pada jalan Allah dan mata yang menitiskan air
mata sekali pun sebesar kepala lalat kerana
takutkan Allah.” (H.R Abu Naim)
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak
akan mengenal kemanisan.
Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya.
Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup
bahagia di dunia dan akhirat.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh
mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari
itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah
dicari ( Saidina Ali)
Sahabat yang setia bagai pewangi yang
mengharumkan. Sahabat sejati menjadi
pendorong impian. Sahabat berhati mulia
membawa kita ke jalan Allah.
Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya
dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang
bersifat seketika cuma.
Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya
daripada harta benda yg diwarisi dari nenek
moyang (Saidina Ali)
Air mata wanita adalah senjata yang
membuahkan kemenangan.
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan,
kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling
hina ialah orang yang menganiaya orang
bawahannya.
Kepapaan membuat seseorang yang petah
bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan
seseorang yang bijak menjadi bodoh.
Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia
hanya pinjaman dan mati tak berteman.
Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh
mengawal komunikasi dengan orang yang lebih
atas daripadanya dan boleh mengawal
komunikasi dengan orang yang lebih bawah
daripadanya.
Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada
menyesal berbicara.
Sesungguhnya orang yang berakal itu
menyembunyikan rahsianya, dan orang yang
jahil membuka keaibannya.
Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda
meminati mereka dan bukannya cuba membuat
mereka meminati anda
Jangan memandang ke bawah (untuk
mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum
memulakan langkah .Hanya
mereka yang menetapkan pandangan mereka ke
arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang
akan menemui jalan sebenar.
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang
hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi
juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah
lakunya.
Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa
sebenarnya tidak semestinya sama.
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan
adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaiannya.
Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang
pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat
dikembalikan menjadi tanah -Wahab B Munabin
Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari
semua emas di dunia ini.
Peperangan hanya boleh menjanjikan
kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
Adalah mudah menukarkan status seorang
sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih
menjadi sahabat.
Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak
berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang
sangat curang untuk kemerdekaan ~Andre Colin
Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan
dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat
berdiri sebagai suatu bangsa merdeka – Soekarno
Semiskin-miskin orang ialah orang yang
kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan
suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang
yang berkedudukan lebih rendah darinya ~
Confucius
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara
untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu
buat untuk negara -Abraham Lincoln
Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang
tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap –
Al-Ghazali Bayruni
Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat,
pokoknya pun sihat – Beng Tju
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama
adalah lumpuh -Albert Einstein
Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak
akan kecewa.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah
dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah
perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu
adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche)
Manusia yang tidak berharap untuk menang telah
sedia kalah.
Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum
cair.
Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana
kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi
peluang.
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg
kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn
baik berlandaskan kenyataan.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. –
Marcus Aurelius
Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan
keputusannya kerana di situ tanda kita gembira
melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia
Orang yang berkhianat selalu terhina.
Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh
kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu
sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya ~
Emerson
Orang yang berani tidak akan membabi-buta
melompat masuk ke dalam jurang, melainkan
masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata
yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl
P.J
Hari yang mendatang tidak akan memberikan
sebarang makna jika kegagalan semalam tidak
dijadikan teladan.
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.
Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima
penderitaan. ( Harieta Wahab)
Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih
tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai
seorang penyapu sampah, dia harus menyapu
sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan
muziknya, ataupun Shakespeare menulis
puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik
sekali sehingga semua yang terdapat di syurga
dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah
tempat tinggal seorang penyapu sampah yang
paling hebat, yang telah melakukan kerjanya
dengan baik sekali.
Cara terbaik menghukum orang yang telah
melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan
berbuat baik kepadanya.
Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri
yang tinggi, tidak pernah merasa terancam
dengan perkataan atau perbuatan yang remeh
dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan
menumpukan perhatian ke arah mencapai
matlamatnya
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh
membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi
kesilapan.
Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari
orang lain dengan batu.
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih
mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard
Brinsley Sheridan
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas
dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu
cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar
akhlaknya.
Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.
Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak
membetulkannya telah melakukan satu kesalahan
lagi. ~ Confucius
Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di
atas batu dan memulainya sesudah tua seperti
menulis di air.
Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan
memerlukan keyakinan. Keyakinan pula
menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan
menentukan kebahagiaan.
Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi
sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya
digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan
bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda
memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada
Yang Maha Berkuasa.
Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir
betapa pun jua empuknya pasir itu ~Pepatah
Arab
Perjalanan seribu batu bermula dari satu
langkah.~ Lao Tze
Awal mula pohon ialah benih.
Kalaulah anda tidak mampu untuk
menggembirakan orang lain, janganlah pula anda
menambah dukanya.
Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan
binasa.
Mengapa manusia gemar mencetuskan
pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri
dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi
tidak pernah tua untuk bertaubat.
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi
bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah
mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah
apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih
boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari
esok.
Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih
kurang sama. Mereka akan berubah hanya
dengan doa kita dan dengan keizinanNya.
Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.
Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau
menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika
engkau membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu
Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk
mendapat dunia yang mengiurkan
Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri
Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya
sendiri. Dia membinanya seperti mana yang
dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya,
kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak
menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau
sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba
untuk menukar dirinya sendiri.
Jangan lakukan semua yang kamu ketahui,
jangan berbelanja semua yang kamu miliki,
jangan percaya semua yang kamu dengar dan
jangan memberitahu semua yang kamu dengar.
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu
penghalang, Sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Kalau kita melakukan semua yang kita upaya
lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan
hasilnya.
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita
miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang
lain ada.
Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah
sepenuhnya daripada apa yang kita berikan
padanya.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang
mempunyai adab, merendahkan diri ketika
berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan
bersikap adil ketika kuat ~ Khalifah Abdul Malik bin
Marwan
Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci
sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu
dahulu.
Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan,
nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding
dengan apa yang kita usahakan.
Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi
dalam hati mereka ada kelebihan.
Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara
ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.
Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas
diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak
akan meningkatkan harga anda itu
Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha,
bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu
hari ini kita akan berada di sini
Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau
akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal
tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang
tertinggi.
Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu
jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah
percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat
ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.
Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan
tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah
dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.
Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda
tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika
anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu,
kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc
(Pengasas McDonalds)
Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang
ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah
untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini,
kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan
untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..
Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya
ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan
perkataan yg mudah.~T.S Matthews
Masa lalu adalah seperti melihat dari tingkap kaca
yang berdebu, segalanya nampak senyap dan
tidak pasti.
Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang
gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang
sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah
gagal mencuba dan terus mencuba sehingga
kejayaan yang dikecapi.
Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai
tetapi hidup anda akan terseksa jika tidak cukup
mempercayai ~ Frank Crane
Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam
kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan bekas
seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat
menusukkan pisau pada seseorang, lalu
mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali
kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada.
Dan, luka kerana kata – kata adalah sama
buruknya dengan luka berdarah.
Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak
mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan
ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,
akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan
terkadang tidak dapat membuat hidup kita
menjadi lebih bahagia.
Seandainya kita tidak mampu untuk
mengutuskan secebis kesenangan kepada orang
lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan
walau sezarah kesusahan kepada orang lain.
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang
lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku
terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga
tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan
kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan
sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang
telah terluka.
Seseorang manusia harus cukup rendah hati
untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk
mengambil manfaat daripada kegagalannya dan
cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di
mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon
kering tempat sang pungguk melepas rindu dan
hanya layak dibuat kayu api.
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu
impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin
pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna
kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu
kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin
kamu lakukan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa
lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat
melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu
sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan
rasa sakit hati.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang
lemah, membuat orang tidak percaya menjadi
percaya dan memberikan keberanian pada orang
yang ketakutan
Menghairankan sekali, orang yang mencuci
wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak
mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita
kekejian yang didengarnya, maka dia seperti
pelakunya.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar,
meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya,
sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan
pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan
dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang
yang dapat membuatmu tersenyum, kerna
hanya senyum yang dapat membuat hari-hari
yang gelap menjadi cerah.
Jangan memberi makanan kepada orang lain
yang anda sendiri tidak suka memakannya.
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang
kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi
sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa
yang belum pernah kita miliki sampai kita
mendapatkannya.
Musibah dalam harta lebih ringan daripada
musibah dalam kehormatan.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika
bertemu seseorang yang sangat bererti dan
mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian
adanya dan harus melepaskannya pergi.
Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu,
nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.
Masa depan yang cerah selalu tergantung pada
masa lalu yang dilupakan. Kita tidak dapat
meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat
melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.
Bila-bila masa ia akan pecah.
Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan
keutamaan hati ialah keberanian.
Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin,
maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih
jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.
Kesempatan yang kecil seringkali merupakan
permulaan daripada usaha yang besar.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia.
Tetapi manusia yang selalu mengecewakan
agama.
Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika
hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang
kecuali jika lurus lidahnya
Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan
telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu
Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi
kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari
jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian
yang dideritainya.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang
mendatang hadapi dengan cemerlang.
Jangan menyalakan api untuk membakar musuh
anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri
hangus kerananya.
Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya,
dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk
membentuk perkara-perkara besar.
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai
berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah
terus meskipun dalam keadaan putus asa.
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah
kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam
didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan
layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari
tersesat di lautan hidup ini.
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang
tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu
pun manusia jalang -Aristotle
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup
berada disisimu ketika kamu memerlukan
sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya
berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau
diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia
berfikir tentangnya.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-
orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu
meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di
sekelilingmu menangis.
Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan
berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan
kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika
menerima kebaikan daripada orang lain.
Semulia-mulia manusia ialah orang yang
mempunyai adab yang merendah diri ketika
berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya
membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah
Abdul Malik Marwan
Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri
engkau sendiri sanggup menyempurnakan
menjadi sahabat orang -Hamka
Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan
kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,
janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan
menyakiti orang lain
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah
mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang
boleh menghentikannya -Voltaire
Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan
untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan
untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan
untuk membuat kamu menjadi manusia yang
sesungguhnya, dan cukup harapan untuk
membuat kamu positif terhadap kehidupan.
Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita,
kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang.
Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah
masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan
di kiri, supaya kita dapat mendengarkan
semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya
mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih
mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala
kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun
kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada
seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran
kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan
dalam otak anda jauh lebih berharga daripada
emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita
hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah
senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti,
bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal
lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga
ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan
dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri
seseorang itu dari adab dan pertanyaannya,
bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire
Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal
apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan
yang dilakukan.
Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu
pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan
harap ia akan datang kembali
Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada
bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim
Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap
baginya musuh yang berbaju kawan.
Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya,
dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang
mengumpulkannya.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu
yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang
bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang
berharga/berguna, belum tentu bagus.
Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak
mahu permintaan kamu diabaikan orang.
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi
penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup
dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.
Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri
melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab
Barangsiapa membawa berita tentang orang lain
kepadamu, maka dia akan membawa berita
tentang dirimu kepada orang lain.
Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya
apabila ia telah hilang barulah manusia benar-
benar terasa
Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas
dan lelaki diuji dengan wanita.
Orang yang berbohong itu sentiasa ingin
melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang
mengejarnya namun orang yang benar itu berani
seperti singa -Goethe
Mengetahui sesuatu dan memahami segala
sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui
segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu
meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-
benarnya iaitu baik dan burukmu.
Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak
bisa menemukan jalan keluar.
Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama
halnya dengan sesebuah benteng yang tidak
dibela -Napoleon Bonaparte
Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita
banyakkan bekalan untuk meneruskan
perjalanan? Kerana kita cuma ada satu
persinggahan.
Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.
Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah
kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia
bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan
adab -Nabi SAW
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana
kejujuran itu telalu penting dalam sebuah
kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa
menjadi mainan orang.
Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih
mudah daripada melaksanakan sepotong
pesanan.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila
kita memakainya semua akan dapat merasa
keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman
anda.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang
pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya
tidak seperti yang diimaginasi.
Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau
orang tuanya tidak pernah menyembah
Tuhannya
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang
menyinar.
Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada
lazatnya membalas dendam.
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan
waktu untuk membaca kerana membaca itu
sumber hikmah menyediakan waktu tertawa
kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan
waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan
menyediakan waktu beribadat kerana beribadat
itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.~
Samuel Johnson
Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh
musuh.
Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara
dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika
diberitahu pun tidak dihiraukan.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa,
maka siapa yang mengelakkannya kerana takut
padaKu, maka Aku akan menggantikannya
dengan iman yang dirasakan manisnya dalam
hati…
Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa
pergi oleh taufan.
Kekecewaan mengajar kita erti
kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun
terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan
dalam hidup
Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik
daripada kebaikan zaman.
Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada
seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh
berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan
kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan
sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang
telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas
umpama pisau bedah yang boleh membuang
segala parut luka emosi
Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya
kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar
buat selamanya.
Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita
jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai
saat ini.
Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan,
yang satu membersihkan yang lainnya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri
kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan
pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita
yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan
menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah
mengharapkan orang lain untuk mencintai kita
seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan
menemui cinta yang jauh lebih indah.
Yang memimpin wanita bukan akalnya,
melainkan hatinya.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya.
Yang berani mati hanya sekali.
Amat mudah untuk memadamkan api yang
sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api
kemarahan dalam diri.
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna
untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh
membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk
berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa
mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian
kamu meninggalkannya dengan perasaan telah
bercakap-cakap lama dengannya.
Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran
kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-
dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
-Abdullah Mansur M.H
Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan
benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi
benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak
dibajai dengan keberanian
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang
berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena
jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga
dengan mudah sebagaimana membuka dan
menutup mata, pasti kita akan terhindar dari
mendengarkan banyak kebatilan.
Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak
diperlukan lagi.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh
di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh
menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh
menjadi pandai
Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah
raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang
akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan
Barangsiapa memusuhi orang yang di
bawahnya, hilang kewibawaannya.
Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji
Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala
tetapi orang yang sama tidak boleh menipu
semua orang pada masa yang sama
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di
atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Kebanyakan orang membuang banyak masa dan
tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan
cuba untuk menyelesaikannya
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.
Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal
peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang
paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling
indah tentunya KHUSYUK.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh
di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh
menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh
menjadi pandai
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap,
kehormatan telah musnah, maka matilah orang
itu -Whittier
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan,
fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan
benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi
benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak
dibajai dengan keberanian
Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda
dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu
melantun kembali.
Wanita yang cantik tanpa peribadi yang
mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-
bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu
perbuatan baik walaupun hanya sekadar
senyuman.
Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda,
tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap
hidup dalam kenangan.
Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya
perlahan-lahan.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak
kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan
atau kemahiran.
~ Flower A. Newhouse
Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya
mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun
ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan
busuk.
Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa
dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa
orang itu lebih baik daripada dirinya.
Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah
penguasa.
Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang
ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan
dan optimis seseorang dan keserasian
berkumpulan.
Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada
kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan
ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.
Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah
permulaan yang baik untuk bertindak
Pandanglah segala sesuatu dari kacamata
oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu,
sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang
lain pula.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber
kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu
adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber
ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu
adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu
untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak
istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu
untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju
kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu
adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah
waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup
terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu
adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk
beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan
dia berkata selaras dengan tindakannya.
Tidak penting bagimu mengetahui harganya,
tetapi penting mengetahui nilainya.
Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam
kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu
macam pengorbanan
Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-
kali
Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari
hanya sekadar memerhati kehidupan
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa
lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang
tidak mempunyai masa depan.
Orang yang paling mampu menguasai dirinya
ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.
Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah
melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga
Orang yang mengikuti emosinya, akan
kehilangan adabnya.
Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita
masih beruntung tidak juga papa kedana
Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka
gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel
Setiap bunga mawar pasti ada durinya.
Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan
dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana
sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di
dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum
baunya
Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri
kepada orang lain kerana orang yang tidak
mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau
mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.
Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu
memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha
menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang
hadir dalam hidupnya.
Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.
Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan
tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah
laku anda.
Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi
jika ia bukan barang tapi orang
Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang
paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan
kita berhadapan dengan kecemasan.
Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan
mempengaruhi diri anda sendiri.
Sesetengah orang menggunakan jam yang
murah. Jam seperti ini tidak boleh diharap.
Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti
sifat peribadi anda kepada nasib.
percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui
apabila kita kembali semula kepada Ilahi.
Teman manusia yang sebenar ialah akal dan
musuhnya yang celaka ialah jahil
Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana
samudera yang dapat mencapai setiap sudut
pantai keperluan hidup manusia
Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti
Jika manusia masih tetap jahat dengan adanya
agama, bagaimana lagi jika tiada agama? ~
Benjamin Franklin
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah
menyimpan kesabaran ~ Horatius
Menghitung orang-orang gila di suatu negeri lebih
sulit daripada menghitung orang-orang yang
berakal.
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka
yang paling takut pada perubahan ~ Mognon Me
Lauhlin
Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih
mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. ~Richard
Brinsley Sheridan
Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke
dalam tulang ~ Pepatah inggeris
Kita patut berkorban supaya orang lain juga
merasai kemanisan hidup.
Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi
yang lemah ~ Rahmohan Ghandi
Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang
lain
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh
dengan ketenangan dan keamanan
Kecemerlangan sebenar adalah apabila kamu
dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu
melantun kembali.
Di sebalik keindahan rumah tersergam, disebalik
senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin
dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak
diketahui orang lain.
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum
yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan
darah.
Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan
kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita
fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah
undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa
yang kita fikirkan
Seekor burung di tangan lebih baik daripada
sepuluh ekor di atas pohon.
Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada
kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap
mempunyai sejuta makna
Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi
tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang
kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun
demikian, janganlah menulikan telinga untuk
mendengar dari orang yang mengatakannya
dengan sepenuh hati.
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari
jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu,
anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah
perangai yang serendah-rendahnya. Membalas
kejahatan dengan kejahatan,bukanlah
perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan
kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan
dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan
yang setingginya. Kita harus sanggup hidup
untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.
Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada
berkhianat dalam harta.
Sebuah pedang diketahui keampuhannya
sesudah memotong.
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
– Charles Cahier
Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata
selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap
kosong
Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis
akhirnya.
Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan.
Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang
yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran
disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal
mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri
-Said Mustafa
Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu
terjatuh lagi
Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan
yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti
akan menghasil kecemerlangan.
Sebelum memberi nasihat kepada manusia
dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat
dengan perbuatanmu.
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati
menyambungnya semula. Namun seandainya
mati punca perpisahan, biarlah hidup ini
membawa erti yang nyata.
Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh
menyalahkan orang lain
Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada
kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki
itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua
yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada
kalanya menjadi hitam dan menyusahkan
Selalu kita menyangka yang di tangan orang
indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri
sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian
yang muluk-muluk pada kepunyaan orang
sedangkan orang turut terliur dengan apa yang
kita miliki
Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat
mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam
dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata
yang diucapkan pada tempatnya dapat
meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh
cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.
Menyimpang seinci, rugi seribu batu. –
Peribahasa Cina
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati
yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang
kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.
Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru
tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka
mengambil tahu walaupun satu perkara
Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi
tanaman.
Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan
untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya
dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya ~
Saidina Ali
Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya
memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk
menaiki tangga tersebut.
Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya
iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang
disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan
apa yang disuruh.
Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi
tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
Apabila kepercayaan telah hilang lenyap,
kehormatan telah musnah, maka matilah orang
itu.. – Whittier
Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang.
Sentakan angin yang menentangnya bukan
melemparkannya ke bawah, sebaliknya
menaikkannya -John Petitsenn
Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak
memberikan masalah. Ada kalanya meragam
juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan
itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih
mengerti
Kesusahan dan kesulitan adalah laksana musim
dingin, basah dan lembab, tidak disukai insan.
tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuh
bunga-bunga yang harum dan buah-buahan
yang subur.
Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang
daripada seorang pemerintah yang kejam, dan
pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi
daripada angkara fitnah yang berkekalan.
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang
dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya
mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah
kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu
terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
– Joseph Conrad
“Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari
sekolah, tapi dari usaha seumur hidup untuk
mendapatkannya.” -Albert Einstein
Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan
yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang
paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan
semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik”